English Tamil Malay
Www.alaiolinews.com
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KANGAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Gan Ay Ling hari ini memberitahu bahawa beliau telah disahkan positif COVID-19 pada Isnin (9 Ogos).

“Dengan dukacitanya, saya ingin mengumumkan bahawa saya telah disahkan positif COVID-19,” katanya menerusi kenyataan hari ini.Katanya pada Ahad beliau mendapat berita bahawa salah seorang penduduk yang ditemui minggu lepas disahkan positif COVID-19.

“Saya segera mengambil ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) di Klinik Kesihatan Gial pada Isnin dan keputusan ujian adalah positif,” katanya.Beliau kini menjalani kuarantin di rumah seperti yang diarahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kangar.

Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *