English Tamil Malay
Www.alaiolinews.com
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KUALA LUMPUR – Kes kematian dalam tahanan polis yang semakin kerap bukan sesuatu yang boleh dipandang sepi dengan memberikan alasan remeh, sebaliknya tindakan tegas serta siasatan telus perlu dilakukan segera.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana ia membabitkan nyawa seorang dan institusi kepolisan sepatutnya menjaga keselamatan rakyat.

Berikutan itu, kata Anwar, Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sepatutnya mengarahkan siasatan bebas bagi mencari punca kematian banduan yang begitu kerap berlaku menyebabkan rakyat tidak berpuas hati.

“Satu perkara yang menimbulkan keresahan etnik India tentang kematian dalam tahanan polis, kalau ikut jumlah semuanya yang mati dalam tahanan ini lebih banyak Melayu tetapi persepsi itu masalah masyarakat India.

“Saya tidak lihat ianya sebagai satu masalah kaum. Saya telah minta Ketua Polis Negara yang baharu buat siasatan, kita tidak boleh terus hukum. Buat siasatan bebas redakan rasa kecewa, marah dalam kalangan rakyat,” katanya

Menurut Anwar, beliau telah melihat sikap samseng banduan ketika menjalani hukuman penjara namun masyarakat tidak seharusnya menghukum mereka dan polis apabila terdapat individu yang mati ketika berada dalam tahanan pihak berkuasa itu.

Pada 3 Jun lalu, seorang pemandu lori meninggal dunia dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, menjadikannya kes ketiga seumpama itu dilaporkan dalam tempoh 15 hari.

Mangsa Umar Faruq Abdullah didakwa maut selepas terjun dari aras dua balai berkenaan ketika ditahan untuk soal siasat.

Kejadian terbaru itu menyusuli kematian pengawal keselamatan, S Sivabalan di Balai Polis Gombak pada 20 Mei lalu.

Pada 27 Mei, Surendran Shanker dilaporkan mati di Hospital Kluang selepas ditahan di penjara Simpang Renggam, Johor.

Sebelum itu, seorang lagi tahanan, A Ganapathy yang didakwa  dipukul ketika dalam tahanan.

Ganapathy ditahan bersama seorang lelaki pada 24 Februari lalu dan direman selama 12 hari dari 25 Februari hingga 8 Mac bagi membantu siasatan dua kes iaitu samun kilang serta mendatangkan kecederaan.

-MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *