English Tamil Malay
Www.alaiolinews.com
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

R.Thasarathan

ALOR SETAR, 25 Mei 2021 – Pihak polis merampas hampir 203 kilogram (kg) ganja bernilai RM 506,635.00 dalam tiga serbuan berasingan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Kontinjen Kedah dan Kontinjen Perlis pada 22 Mei lalu.

Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato’ Mohd Roze Bin Shaari berkata, serbuan pertama dilakukan ke atas sebuah kereta di tempat letak kenderaan di hadapan sebuah pasaraya di Changlun, Kedah kira-kira jam 1.45 petang dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis menemukan enam guni putih mengandungi berisi bahan disyaki dadah jenis ganja dianggarkan berat 121,785 gram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sebentar tadi.

Tambahnya lagi susulan dari itu, serbuan kedua pada hari yang sama di sebuah rumah di Kampung Padang Satu, Bukit Kayu Hitam, pihak polis telah menjumpai empat guni berwarna putih yang berisi 81 ketulan yang disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 80,869 gram.

Serbuan ketiga pula dilakukan di hadapan rumah di Kampung Melayu, Padang Besar Perlis dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun.

Hasil dari tiga serbuan ini, turut sama disita dua kenderaan yang bernilai RM130 ribu.

Kesemua saspek yang ditahan di reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *